Part 1- Percutian ke Perth, Australia Julai 2016

Assalamualaikum.
Waa, lamanya blog nih tak de entri panjang!
Tapi tape sebab kali nih impian nak share cerita pasal Annual Trip TWB 2016 ke Perth, Western Australia.
TWB tu apa? TWB tu singkatan bagi The Walking Beauty. The Walking Beauty Project adalah suatu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas utuk membantu golongan wanita yang mencari sebuah perniagaan yang mudah dan mampu memberi pulangan yang luar biasa.
Ok, Annual Trip TWB pula adalah merupakan satu kelebihan jika jadi ahli TWB sebab setiap tahun akan ada trip ke luar negara sebagai 'self reward' dan mostly ke negara 4 musim ketika musim sejuk!
Tahun 2015 Annual Trip ke Melbourne, Australia. 

Ok, Percutian ke Perth ini hawa dan TWB pergi selama 5 hari. 23 Julai - 28 Julai 2016
Flight midnight naik AirAsiaX D7236 KUL-PER Sat 00:05. Agak mencabar juga flight midnight nih. Sebab malamkan. Tapi masa dalam perjalanan ke departure hall di KLIA2 memang berpeluh la. Jauh kot nak sampai ke Departure Hall Gate P6



Proses masa macam naik flight biasa. Cuma lain sikit dengan domestic. Sebab ada kastamkan. Cek barang 2 kali. 1st check macam biasa. Barang2 yang meragukan kena la tahan. 2nd check mama sangkut sebab dia pakai boot sebab ada buckle. Hahahaha. muka mama cuak gila. “kakakkk…”(suara sayu gila plus air muka minta belas kasihan!) aku jawap, “buka jela mama kasut tu.” (suara arahan tapi cakap macam tak buka mulut) hahaha. kalau cerita dekat mama mesti mama dengan aku gelak. So, reader kalau pakai kasut boot JANGAN PANIK buka je ok? ;) Lepas dah masuk departure hall P6 ada checking passport manually oleh 2 pegawai. Dua-dua ok, Cuma ada pegawai yang lebih songehnya, check passport macam nak bercinta. Belek-belek gambar passport Tanya kenapa tembam dan check teliga dengan hidung kau sama kemik ke tak? huhuhu. Pergi berapa lama? Pergi buat apa? tapi jawab je, sebab benda tak susah pon kan? Pegawai tuh siap cakap dengan hawa, student lagi ke? Buat apa pergi PERTH? Hawa jawap, tak pergi business trip (TWB) dengan kumpulan perempuan (sambil tunjuk ahli TWB yang dah selesai urusan) Pagi tuh (12.05am) memang padat! Perasaan aku, ‘ramainya nak pergi Perth?’ Masuk je perut pesawat dah lega. dapat tempat duduk 3 setter (hawa,mama,_). Kuasa doa mama dan Law of Attraction  “Kak siapa duduk sebelah mama? Mama teringin nak duduk tepi tingkap pesawat.” Hawa jawab tak pasti sebab ahli TWB yang lain semua dah duduk dekat tempat masing-masing. Mama doalah takde orang duduk dekat situ”. Mama terus doa. Pap! Krew kabin buat announcement maksudnya kapal dah nak gerak. So, maksudnya semua penumpang dah masuk. Mama terus tukar seat dari sebelah hawa ke tepi tingkap. Hebatnya KUASA DOA. Perjalanan Kuala Lumpur (KUL) ke Perth (PER) mengambil masa 5jam 30minit. Rasa lama gila, dah nih adalah pengalaman pertama hawa naik pesawat paling lama masa perjalanan. Aktiviti dalam tuh? Tidur! huhuhu. Dalam 1jam lagi nak sampai Perth, hidung dah berair. Sejuk.


Sampai je Perth International Airport P3 rasa teruja gila! Cuaca dekat sana 8˚C memang berair hidung. Beratur nak cop passport dekat immigration biasalah lama dia macamana. Selesai je, terus ada pegawai tanya pasal declaration form yang isi dalam pesawat. dan lepas tu, ada checking beg untuk makanan. Alhamdulillah, lepas dengan senang sebab bawa makanan segera je (maggi,biskut, air 3 in 1) pagi tuh tade pula anjing ke apa yang duk selalu hidu bag tuh. Pukul 5.30 pagi, anjing tuh tidur gamaknya. Lepas je check makanan tuh masing-masing solat subuh, beli sim OPTUS untuk internet dan urusan komunikasi sepanjang 5 hari dekat sana HANYA 10AUD. (Sehari 2AUD untuk 2GB internet dan percuma panggilan sesama OPTUS/ dalam Australia dan ada la bape kredit untuk call luar) Selesai semua baru kami team TWB keluar airport untuk ke hotel. Sejuk! 7.30pagi cuaca 9˚C sekali dengan hujan renyai memang berasap la mulut. 

Mulut terjuih sebab teruja keluar asap!
Jalan kaki dari Perth International Airport P3 dalam 5minit untuk sampai dekat teksi. Untuk kami 14orang naik 1 teksi biasa dan 1 teksi van. Total 1 teksi van 66AUD untuk 9 orang perjalanan dari airport ke hotel ambil masa dalam 20minit. 
Keadaan Barrack St pukul 8.00pagi.
Penginapan kami dekat sana selama 5 hari adalah di Adina Apartment Hotel, Barrack Plaza. Kalau naik cab ke taxi ke pastikan sebut 138, Barrack Plaza sebab Adina Hotel nih ada dua dekat Perth CBD. No blok 138 tuh yang penting.

Mama posing masa turun taxi.
1 Apartment ada 2 bilik, 2 bilik air plus ada tub salah satunya, ada mesin basug dan pengering, ada dapur dan balkoni tapi view biasa sebab hotel tengah bandar. 
bilik air dan tandas bilik 1

mesin basuh dan pengering TIADA SABUN

Bilik tidur 1

Ruang tamu

Bilik air dan tandas bilik 2

Bilik tidur 2

Bilik tidur 2. Suka closet bercermin tuh!

Bilik air 1 ada tub!

Side desk lamp

Bilik tidur 2

Sampai je bilik. Bahagikan bilik dan ada briefing sikit. Mama masuk je bilik terus baring ketiduran. Penat tidur tak sempurna dekat dalam flight. Lama juga la mama tidur dalam 2jam macam tu. Masa hawa kejut, "mama tanya kak dah pukul berapa?" Jawab la dah pukul 10.30 pagi ma. Mama terperanjat sebab ingat dah pukul 2 petang! huhu punya lah lena. Makan, minum. Sesiap lepas tu jalan menuju ke Fremantle! Yeahhh. Jalan kaki je nak ke Perth Railway Station. 
Laluan nak ke Perth Railway Station



Kami nak ke Fremantle so naik Fremantle Line. Ada 15 stops sebelum sampai ke Fremantle iaitu last stop. Kami ber-14 tanya kaunter pasal tiket pakcik yang baik tu bagi suggestion untuk Beli tiket family ride 2 dewasa 1 kanak-kanak 12.95AUD untuk dua hala. sangat jimat! dalam 6.50AUD seorang untuk 2 hala dari beli single ticket 4.80AUD sehala.



Hawa di Fremantle Stop

Hawa dan Mama
Misi dekat Fremantle nih nak pergi makan dekat MUST TRY! FISH & CHIP; Kailis. Turun je dekat stop Fremantle terus rasa dahaga nak minum. Beli la air spring. Sekali harga 3.20AUD untuk 600ml. Pengsan. Sila jangan convert! haha. Naik Blue CAT sebab FREE. Cari Kailis. Untuk pengalaman pergi Kailis tunggu special ENTRI ye. 
The Walking Beauty Project annual trip 2016
Lepas selesai makan, minum, selfie, wefie duaratus gambar. Pergi ke E-Shed Market, Fremantle. E-Shed nih macam kilang lama dalam dia ada kedai-kedai jual cenderamata, kedai makan, bar, perhiasan rumah dll. E-Shed buka Jumaat-Ahad SAHAJA. Kalau ada sesiapa nak yang pergi sila take note ye. Dekat E-Shed nih juga ada kedai souvenir bernama Megabest pemilik dia orang Singapore. Kedai kecil tapi bole dapat macam-macam harga dalam 1.00AUD-100AUD. Depan MegaBest tu ada satu kedai murah juga pemilik dia Indonesia, Aussin. Keychain Koala tu 12 pcs hanya 2AUD. Kalau dekat bandar dalam 4.00AUD-6.00AUD. Paling syok, sweater siap hoodie bersulam hanya 9.95AUD! kalau convert pon tak nangis sangat! hahaha Kami 1st day dah borong sakan beg, t-shirt, magnet fridge, mafla, topi dll. Kebanyakkan kedai di Fremantle TUTUP JAM 5 PETANG. Dapat la jamak Asar-Zohor dekat pelabuhan Fremantle. Sayu je hati. Walau bukan negara Islam tapi terasa indah.

balik naik train yang sama, Fremantle Line guna tiket yang sama. perjalanan yang sama dari Fremantle-Perth Station. Sampai Perth Station dah sunyi sebab semua kedai dah tutup. Pukul 7 malam macam dah pukul 10 malam di Malaysia. Malam hanya rileks dan berehat. Dekat apartment hawa pasang heater 30˚C sekali bangun subuh rasa pelik asal panas? Terlupa yang bilik tu dah lebih 5 jam ikut cuaca Malaysia 30˚C . Hahahaha.

hari kedua? ke kilang coklat dan KANGROO! KOALA! Doakan hawa kuat nak sambung next entri. RINDU PERTH DAH! Dato; Siti Nur Haliza  sambut Anniversary dekat Perth ok. Lepas itu, pengasas Bella Ammara Kapten Carl dengan Bella pergi vacay dekat sana. Korang mesti pergi Perth! 

Promosi Jadi AHLI TWB #pakejofthemonth #pakejsparm399 BERAKHIR 31 OGOS 2016! Next trip InsyaAllah akan ke J____N





Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story