Posts

Showing posts from 2017

sembang kosong.

Assalamualaikum. Ada entri yang menanti. Cara suka makan timun dan kedai emas murah online. ada yang berminat ke nak tahu? nak tahu ke tanak, cik hawa akan tulis juga. huhuhu. mungkin pada 1 hari yang akan datang, segala coretan ini akan menjadi lembaran ingatan yang mampu membantu ramai orang, anak-anak, cecucu,dan diri cik hawa (nyayok ke nanti, mana tahu) Ujian HIV dah settle Kad kahwin dah settle booking Borang Kahwin masih dalam proses nak dapatkan salinan, dan tandatangan orang-orang tertentu Nak buat senarai tetamu pula, meh la kita. Sedap betul lunch tadi, mama masak masak lemak nenas ikan masin dengan sambal telur pecah. Makan bertambah, manalah tak tambun cik hawa oiii.  ada lebih kurang 80 hari je lagi nak jadi Puan. Tapikan sebenarnya, cik hawa ada habit saja makan nasi bertambah bila mama masak sebab nak buat hati mama happy. cik hawa tahu perasaan tengok orang yang kita sayang makan masakan kita makan bertambah. rasa sejukk je perut (eh?) huhuhu. so, nak elakkan

Resepi: Nasi Ayam Madu Bakar Tak Bakar

Image
assalmualaikum. Seperti yang dijanjikan cik hawa nak share kepakaran dan kesukaan mama dan adam. Ayam Madu Bakar Tak Bakar. Yang star dalam resepi nih adalah AYAM dia. sebab nasi ayam cik hawa guna resepi biasa je. Ok resepi nasi ayam nih paling mudah, cepat dan sedap. Ok memula kita sediakan ayam dulu sebab dia tonggak utama dalam kejayaan nasi ayam! hahahahaha. kelakar lah ayat toggak utama tu. Ok kita mulakan dengan AYAM dulu. Lauk Ayam: REBUSAN 1 ekor ayam 4 ulas bawang putih (diketuk) 2 inci halia (hiris halus) 1 liter air (secukupnya nak rebus ayam tenggelam, lebih pon tak pe) masukan semua bahan REBUSAN ke dalam periuk dan biarkan mengelegak, ayam biar suku masak. ketepikan ayam dan air rebusan boleh buat perasa untuk KICAP, dan NASI. PERAPAN 5 ulas bawang putih 1 labu bawang merah 2 inci halia 2 sudu kecil lada putih 100ml kicap manis 5 sudu makan madu 1 sudu kecil gula semua bahan perapan di blend sampai hancur dan ketepikan. Ayam yang telah direbus dan

Cik Hawa Hijau 7 tahun yang lalu.

Image
Assalamulaikum, Alhamdulillah semalam dah selesai buat Ujian HIV dan terus update dekat entri lepas (semalam). Harini dah settle isi borang nikah, print esok kita double check nanti isnin boleh pergi minta tandatangan Pegawai Pendaftar Nikah (PPN) dan pergi hantar borang dekat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang. Doakan semoga segala urusan cik hawa dan pasangan dipermudahkan. Amin. Memalam ni nak buat throwback pendek yang tengah hot dekat laman sosial tu. sumber:Twitter thread sape tah tade gambar 2010 semua dekat dalam laptop DELL, FB pon tade gambar 2010 ni hasil godek dekat blog ni. Gambar masa 1st entri buat blog ni nama lama (ceriteracheenta.blogspot) 2014. Mahasiswa UTM. Gambar masa dinner kolej. Rasa aling cantik masa nih. hahaha 2017. Spa Trainer dan Beautician dekat #hawadspabeauty Shaklee Distributor (ID: 1119371) bakal Puan dan bakal jenazah Korang main jugak tak mende alah nih? ada la few yang cik hawa tengok boleh buat berdekah ketawa dan flas

UJIAN HIV PRA PERKAHWINAN 2017

Image
Assalamualaikum, rindunya dekat blog ni. azam cik hawa bulan ni nak buat 17 entri (termasuk entri ni). Untuk persediaanperkahwinan memang salah satu perkara wajib adalah ambil Ujian HIV. Syarat nak ambil Ujian HIV kena buat dekat-dekat dengan majlis perkahwinan sebab boring Ujian HIV bertahan selama 6 BULAN SAHAJA. Kiranya boleh la buat 6 bulan sebelum ke, 3 bulan sebelum ke. Memang planning untuk bulan April nih padat sikit. Nak settle Ujian HIV, Isi boring nikah, tempeh kad kahwin dan sesiapkan bilik pengantin gitu. Cik hawa pilih untuk pergi ke Klinik Kesihatan Pekan Kapar, Klang, Selangor sebab dekat dengan rumah. Langkah-langkah nak ambil Ujian HIV: kena tahu klinik kesihatan berhampiran mana yang ada dikawasan anda (boleh tengok dekat LINK SINI (PDF) ) kena tahu waktu operasi untuk Ujian HIV apply cuti/ tak perlu cuti minta time-slip dekat klinik sebab amik masa 1 jam je Pukul 1.50 petang, ambil boring dekat kaunter pendaftaran (KKKapar HIV petang 2-4petang) Bayar

54 hari sebelum hari yang dinanti dan dirindui

Image
Assalamualaikum, Dah masuk bulan April, dah masuk bulan Rejab. Ada yang makin menanti kita InsyaAllah iaitu Ramadhan Ya Karimm yang dirindukan. Tak pasti kita Allah rezekikan atau tidak dengan Ramadhan tahun ni. Dah ganti puasa? Bagi yang berniaga, memasing dah sibuk dengan undi tapak, sesiap planning untuk raih rezeki Ramadhan. Cik hawa rasa macam Ya Allah cepatnya masa berlalu. Persiapan nak tukar gelaran cik kepada puan pun tak pasti dah ok ke belum. Tapi InsyaAllah dah settle sesikit. Doorgift (2/5), Catering dah booking, Photographer dah booking, weeding planner dah settle, cuma baju nikah, tudung nikah, veil nikah belum tahu nak warna apa, design apa, nak beli dekat mana. Bilik pun baru plan nak buat. huhu. Ingat kahwin ni senang, rupanya serabut jugak ye. Dah jum kira berapa hari puasa kena ganti. Semoga esok cik hawa akankembali bersama entri yang gagah perkasa. Bila ilmu banyak didada tapi tatau macamana nak luahkan. lepas tu rasa berdosa tak share. macamana eh perasaan t

Food Review: Nasi Kukus Sotong Besar (Klang)

Image
Assalamualaikum, selamat tengahari. Tengah plan nak makan mana hari ni? Ok, harini hari last untuk bulan March ni. Cik hawa plan nak share tempat makan yang cik hawa rasa korang harus try. Kedai makan ni dekat je dengan rumah cik hawa dalam 15 minit. Bagi peminat seafood terutamanya sotong besar, kambing bakar, ayam berempah dan puyuh goreng berempah. Kedai NASI KUKUS SOTONG BESAR ni ada dua cawangan tak silap cik hawa. 1 cawangan dekat Jalan Batu Belah, berdekatan Aeon Big Jalan Kapar dan 1 cawangan dekat Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam. Buka pukul 12.00 tengahhari hingga 11 malam setiap hari TAPI TUTUP PADA HARI SELASA. masa nih cik hawa sampai awal lagi 5-10minit nak pukul 12. Dah ada few yang tunggu kedai bukak termasuk cik hawa. huhu Untuk pengetahuan kedai ni akan ramai bila waktu makan tengahari (12-2 petang), makan malam (6petang- 9 malam) dan sistem dekat kedai ni order dan bayar nanti dia akan hantar dekat meja korang. Haritu cik hawa order nasi kerabu puyuh

Cara Petua hilangkan pijar cili

Image
Assalamualaikum, cuti sekolah dah habis. Rutin harian dah kembali normal la ye. Ada yang cuti sekolah berjalan-jalan, ada yang duduk rumah tengok tv, dan paling mak-mak hadap adalah memasak. cuti sekolah ke tak cuti sekolah ke sama je rutin. Terkadang cuti sekolah lagi sibuk mak-mak nya 24jam anak dekat rumah, dan lebih banyak masa bersama berbanding masa tak cuti sekolah. Cik hawa dah lupa bila cuti sekolah ke cuti apa ke, sebab dah 3 tahun adik cik hawa si adam tu habis sekolah. dan memasing berbisness sendiri. hari-hari waktu sendiri, cuti sendiri. pepetang selasa ni, cik hawa nak share tips/ petua nak hilangkan pijar cili. tak pasti pula nih bahasa kebangsaan atau bahasa negeri. Pijar cili ni cara panas/pedas merayap dekat tangan atau kawan tertentu hasil daripada sentuhan terhadap benda pedas seperti cili. Contohnya nak masak sambal belacan tumbuk bawang merah,bawang putih, cili, gula, belacan dalam lesung batu, masa dah siap tumbuk kita pergi ceduk sambal tu guna tangan, bukan

Suntikan Vaksin HPV Percuma

Image
Assalamualaikum, hari ahad yang indah nih, cik hawa nak share mengenai suntikan HPV. Bagi followers di Instagram (@nurhawahaider) dan friends di Facebook (@nurhawahaider) mungkin ada yang Nampak post cik hawa Jumaat lepas. Sebelum dapatkan suntikan HPV dekat Port Klang, Selangor. Nak mula dari mana ye? ok, semua entri ini akan memberi manfaat ramai orang yang tahu ataupun tak tahu mengenai HPV dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang telah Allah bagi pada cik hawa. Cik hawa pun tak tahu sangat pasal HPV ni sampailah ada seorang sahabat rapat cik hawa, cik farah ain bagitahu mengenai suntikan HPV ni. Dia cakap kosong macam tu je la. Lepas tu baliknya cik hawa pergi search dekat facebook mengenai SUNTIKAN HPV ada la few thread yang membantu (sangat) dan gambar di bawah cik hawa dapat hasil daripada carian cik hawa.  Apa itu HPV? Secara amnya nama panjang HPV adalah Human Papilloma Virus Untuk pengetahuan HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang dise

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

Image
Assalamualaikum, cuti sekolah dah mula pepagi kalau keluar lancar je jalan. Sekolah ni memainkan peranan penting ye dengan keadaan trafik jalan raya. Sebelum cik hawa merapu meraban meh cik hawa tepekkan resepi cara mudah, senang, sodap resepi Ayam ala-ala restoran doploh bintang. Bahan mudah nak jumpa dekat pasaraya berdekatan anda. Resepi ni boleh di masak oleh emak/ibu/umi/mama/mami solehah yang dah khatam menu tigaratus buku masakan. kalau belum khatam pon boleh masak resepi nih. yang baru kahwin nak impress kan suami/mak mertua/ayah mertua. mudah simple cepat tapi nampak macam kau pandai sangat memasak! hahahah BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM 🐓  500gm+ Isi ayam (bahagian keel, mudah semua isi kalau tade guna ayam seekor potong kecil pon ok)  3 sudu makan Tepung gandum  1 sudu teh Serbuk kunyit  secukup rasa Garam  Minyak masak untuk mengoreng BAHAN-BAHAN SOS  1 tin (400ml) susu cair (jenama Carnation/My Rasa ok bagi cik hawa tak manis sangat cuma lelamaks) separuh kiub p

cik hawa makcik karipap kegemaran mama

Image
Assalamualaikum, wah kemain 1 hari 1 entri cik hawa. nih dah seminggu rajin minggu seterusnya makin rajin dan semoga ada upgrading info dalam setiap entri cik hawa. dah tak ramai yang rajin blogging tapi yang otai-otai masih blogging. Dan ianya ibarat lifestyle dan rutin samaada sibuk atau kepadatan jadual. Sebagai contoh pemilik dUCk dan pemilik bersama FashionValet VIVY YUSOF antara yang rajin dan komited blogging di  sini  . Percaya atau tidak bila kita baca kita follow buat kita rasa RAPAT, KENAL, DEKAT dengan dia. So, mungkin cik hawa tidak sefofular macam vivy yusof tapi apa yang baik boleh diikuti dan dijadikan contoh. kemain entri ni masuk draf sebab tak gagah nak tepek muka cik hawa makcik karipap kegemaran mama. cik hawa adalah seorang yang kurang keyakinan diri dengan memakai tudung menampakkan keluasan pipi, kelebaran dahi dan bekas jerawat. cik hawa seorang bawal-ista dan bekas selendang-ista tapi tetap hijabis yang manis ayu gitu (matilanak puji diri sendiri, haha) da

Promosi Beli1 Percuma 1 di Manhattan Fish Market

Image
Assalamualaikum nak share offer yang sedang berlangsung dekat  MANHATTAN FISH MARKET (MFM) dalam blog cik hawa ada 2 kali kot cik hawa review makan dekat sini. dan kesemua yang cik hawa pernah adalah deakt outlet SETIA CITY MALL. MFM ni antara tempat yang cik hawa dan cik tunang suka. sebab apa eh? sebab dia macam taste tekak melayu la, sebab kebanyakkan meal dekat sini akan compliment dengan NASI (katanya garlic herb rice, rasa ujungujung je) kecuali meal macam fish and chip, pastu tu tade la nasi. tapi meal yang fofular dekar MFM adalah  FLAMMING PLATTERS  hak makan dalam pan besaq atasnya penuh dengan seafood, bersama sesayuran dan bawah tu de nasi. ikan boleh pilih kesukaan nak ikan salmon ke dory ke ikan merah ke tengok pada kesukaan dan $$$ Cik hawa nak recommed starter yang sedap dan nice je nama dia  GARLIC HERB MUSSLES Cik hawa kemainnnnnnnnnn cerita pasal makan panjang lebar. hahahaha. cik hawa suka makan btw. Ok, bagi peminat MFM atau baru nak cecuba boleh rebut peluang