cik hawa makcik karipap kegemaran mama

Assalamualaikum,
wah kemain 1 hari 1 entri cik hawa.
nih dah seminggu rajin minggu seterusnya makin rajin dan semoga ada upgrading info dalam setiap entri cik hawa. dah tak ramai yang rajin blogging tapi yang otai-otai masih blogging. Dan ianya ibarat lifestyle dan rutin samaada sibuk atau kepadatan jadual. Sebagai contoh pemilik dUCk dan pemilik bersama FashionValet VIVY YUSOF antara yang rajin dan komited blogging di sini . Percaya atau tidak bila kita baca kita follow buat kita rasa RAPAT, KENAL, DEKAT dengan dia. So, mungkin cik hawa tidak sefofular macam vivy yusof tapi apa yang baik boleh diikuti dan dijadikan contoh.

kemain entri ni masuk draf sebab tak gagah nak tepek muka cik hawa makcik karipap kegemaran mama. cik hawa adalah seorang yang kurang keyakinan diri dengan memakai tudung menampakkan keluasan pipi, kelebaran dahi dan bekas jerawat. cik hawa seorang bawal-ista dan bekas selendang-ista tapi tetap hijabis yang manis ayu gitu (matilanak puji diri sendiri, haha) dan bila bosan travelling dalam kereta teman mama/adam buat kerja luar cik hawa akan lipat tudung bawal ala-ala minah indon yang menampakkan pipi dan lukisan kening yang tak simetri. dan surprisingly, mama tersengeh-sengeh pandang cik hawa. dan mama cakap, "kak, mama suka tengok kakak buat/lipat tudung macam ni(lipat nampak pipi cam indon)". cik hawa jawap, nyehh.nyehh. sambil betulkan lipatan tudung cover pipi dan ikut style normal kebiasaan cik hawa. Mama sambung, "buat tudung macam tu, nampak macam hawa ni mama masa memuda dulu. mama nampak diri mama dalam diri kakak, makin nak kahwin nih muka dewasa cantik sangat" cik hawa hadam yang part cantik sangat je.  yang lain masuk dalam storage belakang.

haritu up gambars ini dekat instagram linked facebook ramai cakap cantik kalau nampakan pipi cik hawa macam kata-kata mama. korang nak tengok ke muka cik hawa makcik karipap kegemaran mama tuh. akan bergeret gambar dekat bawah nih. jangan muntah tengok pipi seluas lautan cik hawa.


bawal style biasa cik hawa plus ambil gambar panjangkan dagu!

makcik karipap bersama peminatnya

tengah nak swafoto mama sibuk betulkan gelembung tudung

isitiadat mama nak betulkan tudung

ha, kakak dah siap jum selfie
 kesimpunlannya, cik hawa akan buat apa saja yang membahagiakan mama. walau muka cik hawa macam makcik karipap pun tade asalkan mama tersenyum, dan riang.
i love u ani :*


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story