RESEPI: Ayam Cheesy Buttermilk

Assalamualaikum,
cuti sekolah dah mula pepagi kalau keluar lancar je jalan. Sekolah ni memainkan peranan penting ye dengan keadaan trafik jalan raya. Sebelum cik hawa merapu meraban meh cik hawa tepekkan resepi cara mudah, senang, sodap resepi Ayam ala-ala restoran doploh bintang. Bahan mudah nak jumpa dekat pasaraya berdekatan anda. Resepi ni boleh di masak oleh emak/ibu/umi/mama/mami solehah yang dah khatam menu tigaratus buku masakan. kalau belum khatam pon boleh masak resepi nih. yang baru kahwin nak impress kan suami/mak mertua/ayah mertua. mudah simple cepat tapi nampak macam kau pandai sangat memasak! hahahah



BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM
🐓 500gm+ Isi ayam (bahagian keel, mudah semua isi kalau tade guna ayam seekor potong kecil pon ok)
 3 sudu makan Tepung gandum
 1 sudu teh Serbuk kunyit
 secukup rasa Garam
 Minyak masak untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN SOS
 1 tin (400ml) susu cair (jenama Carnation/My Rasa ok bagi cik hawa tak manis sangat cuma lelamaks)
separuh kiub pati ayam
3 ulas bawang putih (didadu)
3-5 biji cili (ikut tahap kepedasan yang korang ok, kalau anak tak makan pedas asingkan cili ye)
 2-3 pelepah daun kari
 35 gm butter
2 keping cheese

CARA-CARA ISI AYAM
basuh ayam, potong kiub atau kekecil dan perap dengan perasa garam, kunyit, tepung.
goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.

CARA BUAT SOS
masukkan butter dalam pan, api yang kuat sangat untuk elak butter hangus.
masukkan bawang putih, cili, daun kari. tumis sampai naik bau.
masukkan kiub pati ayam, kalau korang tak suka guna kiub pati ayam boleh skip bahan ni
seterusnya masukkan susu cair dan 2keping cheese (kalau tak suka cheese boleh skip bahan ni)
masukan isi ayam yang sudah siap goreng.
biarkan mendidih, Siap! boleh makan dengan nasi pepanas dan simple salad.

peringatan, makanan ni akan pekat bila sejuk, sebab ada cheese kan. kalau tak suka pekat sangat tak boleh letak cheese sekeping sajor atau tambah air.

Simple dan sedap. Tapi elakkan makan selalu. Sekali sekala takpe.

cheesy buttermilk chicken. Mudah.Sedap.Cepat

kalau dekat IG boleh seach hastag #hawamemasak
Kenapa LECITHIN perlu untuk setiap orang?
InsyaAllah LECITHIN mampu melindungi hati kita dari endapan lemak di hati.
InsyaAllah LECITHIN mampu memecahkan lemak dan kolestrol dengan cara mengemulsikan lelemaks
InsyaAllah LECITHIN mampu melangsingkan dan menghalang obesiti dengan pengambilan jumlah LECITHIN yang betul dan membakar lemak lebih cepat disamping disertakan senaman bersesuaian
InsyaAllah LECITHIN mampu mencantikkan otot dan kulit dimana LECITHIN mengelakkan kulit bersisik/kering akibat terdedah dengan penghawa dingin.

sebarang pertanyaan mengenai resepi dan Shaklee boleh hubungi cik hawa
whatsapp di +601123524179
email di nurhawahaider@gmail.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW; Train to Busan by cik hawahijau

Susu Coklat Farm Fresh Love Story